Never Perfect

Assalamualaikum


Welcome to my blog

Entries About Link Tuto

cbox

Resepi : Muffin Coklat Kukus

Assalamualikum dan salam sejahtera semua~! dah lama tak update blog dah besawang dah hari ni aina nak kongsikan dengan korang cara-cara buat  Muffin Coklat Kukus. Mesti korang tak percayakan kan  sebab aina tak pernah kongsikan apa-apa resepi pun sebelum ni update blog pun jarang. Tiba-tiba pulak rasa nak kongsikan dengan korang sejak aina dah pandai buat Muffin Coklat Kukus  *panjang pulak mukadimah aku ni* 


Bahan-bahan :

3/4  cawan serbuk coklat. (kalau nak pakai serbuk koko pun boleh tapi rasa dia Pahit)
1 cawan gula pasir.
1 cawan minyak masak.
1/2 cawan susu pekat manis.
11/4  cawan tepung gandum.
1 sudu teh soda bikarbonat.             
1 sudu teh baking powder.
3 biji telur dipukul sedikit.
cup muffin secukupnya.

Tulisan warna merah Diayak bersama.




Cara-cara :
  1. Campurkan serbuk coklat, gula pasir, susu cair dan minyak masak di dalam periuk. Hidupkan api sederhana, kacau sehingga sebati, tidak perlu mendidih. Angkat dari dapur dan biarkan suam.
  2. Sementara itu ayakkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder bersama.
  3. Tuangkan susu pekat manis kedalam periuk adunan yang menjadi suam tadi, gaul rata, masukkan telur dan gaun sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sikit demi sedikit dan gaul sehingg sebati, sediakan cup muffun dan alas, isikan 3/4 penuh adunan, kukus selama 10 minit      (  kalau guna loyang kukus 30 minit  )

CUP MUFFIN

ALAS

yeyy siap.

Selamat mencuba :) semoga berjaya :D kalau aina rajin nanti aina kongsikan dengan korang resepi yang lain pulak ye. Assalamualaikum.


:)

sharing is caring ^_^

Labels:


Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~!
aina kira agak lama tidak mengirimkan khabar berita buat kalian.... aina kira elok jugak aina bertanya khabar  kalian terlebih dahulu (berapa banyak kira daa). Pertanyaanku berbunyi bergini... "Apa anda khabar? Kabar apa anda? Anda apa khabar? " dah tanya khabarkan bye adinda mahu beransur dahulu hehe accah je ;)

Sebenarnya kankankan Aina nak ucap selamat hari raya ;) ngeh..ngeh..ngeh dah nak raya haji baru nak ucap bagus kan saya haha takpe-takpe kira ucap untuk raya haji sekalilah. Korang nak tenggok gambar raya aina? tapi gambar raya aina tak macam orang raya pun macam orang pergi jalan-jalan adalah *ouh sendihnya hati ini hehe*

                                    

sempoi je kan kita orang beraya pakai jeans ;)

 Tudung merah Suhaila, kelabu Hidayah
 Aina dengan Hidayah
purple Syafiqah, biru Nuris, merah Suhaila, hitam Hanim, kelabu Hidayah, putih Aina


 Jamuan hari raya dekat sekolah beru pakai baju kurung














Muka letih





                                                
see comel kan opah aina ;) 
kalau ikutkan hati nak type panjang-panjang tapi penyakit M (malas) dah datang tak jadi la nak type pangang-panjang. Assalamualikum :)


sharing is caring ^_^

Labels:


Ibadat Puasa


IBADAT PUASA

Firman Allah Taala:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..

"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)
Kelebihan bulan Ramadhan dan keistimewaannya diterangkan pula dalam hadith yang berikut:
_______________________________

1. Ayat 185, Surah al-Baqarah.
7- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
_______________________________

1. Fath al-Bari (5:14).

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:

8- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ 

رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ. (رواه مسلم)

8- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Menurut huraian ulama' rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka,  serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan,  boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.
______________________________

1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:1 87).
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:

9- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ 

مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ 

النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ. (رواه الترمذي والنسائي)

9- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)
Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong melakukannya.
Malaikat juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa. Mudah-mudahan peluang yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya. (2)
________________________

1. Al-Targhib (2:97) - Hadith Sahih menurut keterangan al-Hakim.
2. Mastika Hadith (1:79).
Lebih lanjut diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:

10- عَنْ سَلْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي آخِرِ يَوْمٍ
مِنْ شَعْبَانَ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ 

شَهْرٍ، شَهْرٌ جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطُوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ 

كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيهِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعَينَ فَرِيضَةً

 فِيمَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةِ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ، وَشَهْرٌ يُزَادُ فِي 

رِزْقِ الْمُؤْمِنِ فِيهِ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ وَكَانَ لَهُ 

مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلَّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ

 الصَّائِمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى 

تَمْرَةٍ أَوْ عَلَى شَرْبَةِ مَاءٍ أَوْ عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلَهُ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ 

عِتْقٌ مِنَ النَّارِ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ فِيهِ غَفَرَ اللَّهُ لَه وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ، وَاسْتَكْثِرُوا فِيهِ 

مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍخَصْلَتَيْنِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ وَخَصْلَتَيْنِ لَا غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا فَأَمَّا

 الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ فَشَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَتَسْتَغْفِرُونَهُ، وَأَمَّا 

الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ لَا غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا فَتَسْأَلُونَ اللَّهَ الْجَنَّةَ وَتَعُوذُونَ بِهِ مِنَ النِّارِ، وَمَنْ سَقَى 

صَائِمًا سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لَا يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ. (رواه ابن خزيمة في

 صحيحه)

10- Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya (1): "Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat.  Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).
"Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya".
"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".
"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga;  ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".
"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,  maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".
"Sababat-sababat Baginda berkata:  "Ya Rasulullah,  kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. " Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. "Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,  pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".
"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".
"Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah: Pertama - mengucap: 



أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله

Kedua - (banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:

أستغفر الله

Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga,  serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:

نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.

"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.(2)
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).
Demikian mulianya dan berkatnya bulan Ramadhan dan demikian pula besarnya pahala yang diberikan bagi tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan di sepanjang bulan yang membawa rahmat itu.
____________________________

1. Yakni sesudah memuji Allah seperti yang lazim dilakukan pada tiap-tiap khutbahnya.
2. Al-Targhib (2:94) dan Misykat al-Masabih (1:615) dengan berlainan sedikit lafaznya.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :D Assalamualaikum.

sharing is caring ^_^

Labels:


Air Tangan Orang Tak Solat
Assalamualaikum :)  hari ni aina nak kongsi satu kisah 
 sumber : Internet


Kisah Nabi Menjadi Pengajaran.

Semua orang tahu bahawa kalau meningalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Bertapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia ( nazar ), " kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.

Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman  Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda  yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda ( dam ) atau sedekah

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupin haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak itu, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitan. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang  meninggal kan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah bertapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meningalkan solat ( kalau tak uzur ), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati  minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi, petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang yang tidak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali ( dan untuk umat Isalam ), " As- solah as solah wa amalakat aimanukum ". Maknanya, " Solat, solat jagan sekali kamu abaikan dan periharalah orang-orang yang di bawah tanggunganmu " Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir dan batinya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan dapat pahala - Wallahu a'lam.

Senyuman Perpisahan & Detik Kewafatan Rasullullah




okey sampai sini saja entry kali ini aina nak ucapkan selamat bercuti, jaga diri, jaga iman, jaga solat :) Assalamualikum.




sharing is caring ^_^

Labels:


PMR



Assalamualaikum :) Alhamdulillah akhirnya dapat jugak update blog sebenarnya tak ada idea pun nak update tentang apa dah berbulan-bulan cari idea tapi tak dapat jugak *ceh sebenarnya malas* 
 Kepada calon-calon PMR. In Sya Allah aku doa kan  korang  walau pun PMR ada beberapa bulan lagi tapi  masa berjalan dengan pantas dan masa tak tunggu kita. Kita just boleh berusaha + berdoa + tawakal.
Mesti ramai yang tak bersedia lagikan kalau boleh korang rasa macam nak putar kan masa sekarang ni ke masa kanak-kanak kan kan?  samalah macam aku.


Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..



Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...


Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.


Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..


Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..


Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN












sharing is caring ^_^

Labels:


Nur Alisa Balqis
Kat atas ni gamba Aina bukan gamba Alisa :)


Assalamualaikum, tolong bacakan Al-Fatihah untuk kawan aku nama dia Nur Alisa Balqis dia  sudah meningal dunia mayat arwah baru jumpa petang isnin kira-kira pukul 6.40pm dia tergilincir dekat sungai klang pada hari ahad sekitar pukul 4.00pm walaupun aku tak rapat dengan arwah tapi arwah baik sangat dengan aku tadi dekat sekolah ramai yang sedih,terkejut dengar berita tetang alisa mula-mula aina dengarpun aina tak percaya  tapi kena percaya jugak :'( .



 Takziah kepada keluarga Arwah Alisa Al-Fatihah untuk Arwah
    "Bismillahirrahmanirrahim, YaAllah YaTuhanku kau ampunkanlah segala Dosa-dosa Nur Alisa Balqis kau lapangkanlah Kubur Arwah Kau tempatkan lah arwah di tempat-tempat orang yang beriman Amin"



                                                                                                                                                                                   


sharing is caring ^_^

Labels:


Sahabat Selamanya :)

Assalamualaikum :) 

Terlalu sunyi kehidupan kita tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati. Bertambah sunyi kalau tiada sesiapa yang menemani, dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di dalam jiwa , selalunya sahabat kita akan terus memendam rasa demi persahabatan yang di sayang. Dalam diam penuh doa agar persahabatan akan berlansung dengan lebih baik. Setaip kekurangan mesti boleh diperbaiki, korang akan terima segala baik buruk yang ada pada di sahabat korang kerana korang tahu sahabat korang tak sempurna dan memerlukan antara satu samalain untuk sama-sama memperbaiki  kekurangan, kalau kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sebenarnya tengah mencari bayang-bayang hitam yang sememnagnya tidak akan pernah tergenggam di jari. Jaganlah memperlekehkan sahat kita hanya kerana cara dia yang sedikit berbeza, sedikit pelik berbanding orang lain. Birlah dia dengan sifat diamnya, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut menjadi seperti yamg kita suka. Ataupun biarlah dia dengan kegirangannya dan kita boleh tumpang ceria.
 *ceh apasal ayat aku lain macam je hani ni* 





Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah



sharing is caring ^_^

Labels:



Older Post
................................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................................